HARGA ikan kelisa semakin mahal jika ikan itu semakin membesar.
SEBAGAI
seorang saintis yang mengkaji kehidupan flora dan fauna menjadi titik
tolak kepada Mohd. Zalalnudin Latipi, 31, membuka sebuah kedai menjual
spesies ikan terancam kelisa atau juga dikenali sebagai arowana.
Demi
minatnya yang berputik sejak kecil Mohd. Zalalnudin nekad meninggalkan
jawatannya sebagai seorang saintis. Minatnya kian bercambah apabila
beliau berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sosiologi
Pemuliharaan di Universiti Malaysia Sabah.
Ikan
kelisa kepada Mohd. Zalalnudin bukan sekadar ikan hiasan malah kepada
mereka yang tahu menilainya, ia boleh menjadi sumber pendapatan.
Harganya
mampu mencecah ribuan ribu ringgit selain ia digemari oleh kaum Cina di
negara ini yang dipercayai membawa tuah kepada pemiliknya.
Namun
Mohd. Zalalnudin tidak menyangka hobinya yang suka memelihara ikan itu
mampu memberikannya sumber pendapatan tetap kepadanya.
"Dulu saya hanya bela ikan ini di rumah dan saya ada tujuh akuarium di rumah untuk mengisi ikan-ikan ini.
"Namun
pada tahun 2005 saya mengambil keputusan untuk berhenti sebagai seorang
saintis kerana mahu melibatkan diri secara serius dalam perniagaan
menjual ikan kelisa," katanya.
Mohd.
Zalalnudin tidak menyangka, kedai yang baru dibukanya itu mendapat
sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat malah ikan kelisa juga
mendapat permintaan daripada orang Melayu.
"Selain orang Cina, orang Melayu juga menunjukkan minat terhadap ikan ini dan sanggup membelinya walaupun pada harga yang mahal.
"Mereka
yang datang ke kedai ini sanggup menghabiskan masa berjam-jam
semata-mata mahu melihat kecantikan dan kelicikan ikan kelisa," katanya.
Menyentuh
penjagaan ikan kelisa, beliau memberitahu, tidak susah untuk membelanya
tetapi perlu memastikan air yang digunakan dicampurkan dengan ubat
antiklorin.
"Antiklorin perlu dicampurkan mengikut sukatan yang ditetapkan selain memberi makanan kepada ikan mengikut waktu.
MOHD.
ZALALNUDIN menunjukkan buku berkaitan ikan kelisa kepada pelanggan di
kedainya, Star Arowana, di Jalan Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
"Ikan
ini kebiasaannya makan sejenis ulat yang banyak dijual di pasaran.
Lipas dan cengkerik juga boleh diberi tapi lebih baik beli sahaja di
pasaran kerana ditakuti serangga ini membawa racun dan mati jika
memakannya," katanya.
Jelasnya,
bagi memenuhi permintaan ikan kelisa di kedainya itu, beliau telah
membeli dua buah kolam ikan kelisa di Bukit Merah, Perak.
"Kebanyakan
ikan-ikan yang ada di kedai di bawa dari sana dan kita akan pilih
ikan-ikan terbaik sebelum dipamerkan di kedai bagi menarik minat orang
ramai," katanya.
Di
kedainya terdapat lebih 200 ekor ikan kelisa pelbagai variasi seperti
Malaysia Gold Cross Back Golden Arowana, Malaysia Super Red Arowana,
Indonesia Chili Red dan sebagainya.
Lebih istimewa, harga ikan kelisa semakin meningkat jika ikan itu kian membesar.
"Bagi saya ikan ini memang membawa tuah kepada pemiliknya.
"Ikan
ini juga tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Kepada mereka yang
berminat untuk mengetahui cara-cara penjagaan ikan kelisa mereka boleh
datang terus ke kedai saya," katanya.
Bagi
mereka yang ingin melihat ikan-ikan yang dijual di kedai Mohd.
Zalalnudin, kedainya itu terletak di Star Arowana World di Jalan
Seberang Perak, Alor Setar.
kredit to kosmo
0 comments:
Post a Comment