Ilmuku cetek, perjalananku pendek,
Aku ingin melangkah jauh,
Seiring dengan sahabat seusia ku,
Meski hidupku, tidak seindah sang pelangi,
Yang memiliki 7 warna yang indah,
Namun, aku ingin menjadi sepertinya,
Ceria dan indah.. =)
Sejak peninggalan arwah abah dan ibu, aku lah yang mewarisi segalanya.
memandangkan aku sahaja anak tunggal mereka. Namun, harta yang
ditinggalkan kepadaku, tidaklah sebesar mana, hanya sebuah rumah kayu
yang usang dan sebiji motosikal. Aku tidak hairan, kerana Abahku
hanyalahseorang penjual nasi lemak dan ibu pula bekerja sebagai penjahit
kain. Hidup kami tidaklah mewah, dan aku juga sudah biasa dengan cara
hidup sebegitu. Abah dan ibu meninggalkan aku sendirian seawal usiaku 12
tahun. Saat itu, aku seperti melukut di tepi gantang. Tiada siapa yang
aku mampu harapkan untuk bergantung, hanya Pakcik Lim sahaja yang sudi
menziarah dan bertanyakan khabarku. Pakcik Lim adalah kawan rapat Abah,
dia selalu temankan Abah menjual nasi lemak.
Kini, aku telah mewarisi pekerjaan abah. Aku tinggalkan dunia belajarku,
memandangkan aku tidak ada wang untuk menyambung kembali pelajaran.
Namun, aku tetap berazam untuk menggapai cita-citaku. Cita-citaku ibarat
air yang akan terus mengalir, andai ada sebuah batu besar
menghalangnya, aku pasti akan membesarkan airku untuk menenggelamkan
batu itu. Air itu ibarat cita-citaku...
Pendapatan dengan menjual nasi lemak, pada awalnya agak menguntungkan.
Tambahan pula, aku tidak memiliki tanggungan untuk dilunaskan. Hanya
memerlukan modal untuk jualan harian. Oleh itu, aku rasa selesa dan
senang dengan pekerjaanku itu. Namun, ianya tidak lama, memandangkan
sebuah lagi gerai nasi lemak di buka berdekatan dengan geraiku. Gerai
tersebut menawarkan harga yang jauh lebih murah dan kuantiti nasi
lemaknya juga boleh tahan. Aku tidak mampu untuk menawarkan harga
serendah itu, memandangkan hasil jualan itulah yang menjadi periuk
nasiku. Hari demi hari, pelangganku semakin sepi dan jualanku sama
sekali tidak ada yang membeli.
Aku memilih untuk berhijrah ke Ibu kota. Di sana aku yakin, pasti ramai
yang sudi membeli nasi lemakku, memandangkan semua sibuk untuk bekerja,
pasti tidak ada masa untuk menyediakan sarapan. Sangkaanku tepat, setiap
hari pelangganku bertambah-tambah. Keuntunganku berlipatganda
berbanding sewaktu aku berniaga di kampung dahulu. Namun begitu, sara
hidupku terlalu tinggi. Keuntungan yang aku perolehi hanyalah cukup
untuk menampung bayaran rumah sewa ku.
Aku yang masih usia setahun jagung, terasa sangat diremehkan oleh
masyarakat ketika itu. Memandangkan aku berada di negeri orang, aku
kelihatan seperti anak muda yang merempat. Ke sana sini aku mencari
peluang pekerjaan, namun tidak ada sesiapa yang sudi menerimaku.
Sehinggalah aku bertemu dengan seorang nelayan tua. Ketika melihatnya
sedang memunggah ikan-ikan untuk di bawa ke pasar raya, aku lalu datang
kepadanya untuk memohon jawatan dijadikan sebagai pembantu. Pakcik itu
menolak permintaanku, kerana tidak mampu untuk memberikan bayaran yang
lumayan sebagi gajiku. Namun, aku tetap tidak berputus asa memujuknya
untuk menerimaku. Akhirnya, ia bersetuju tanpa menetapkan berapa gajiku
sebulan. Aku redha berapa jua pendapatan yang aku perolehi, bagiku asal
ada itu sudah memadai.
Hari-hariku menjadi lebih sibuk dan memenatkan. Awal pagi aku kena
bangun untuk menyiapkan jualan nasi lemak, kemudian setelah selesai
berniaga, aku akan turun ke laut untuk mengambil ikan-ikan untuk di jual
di pasar raya pula. Biasanya, aku akan dapat balik ke rumah untuk
berehat hanyalah pada waktu malam. Aktivit harian ku ini sudahpun
berjalan selama 3 bulan. Badanku seolah-olah sudah terbiasa dengan
kepenatan. Keuntungan berniaga dan memunggah ikan-ikan memang cukup
untuk menyara kehidupan ku kini. Malah, aku juga sudah mampu untuk
menyimpan wang simpanan.
Pada suatu hari, pakcik nelayan tesebut mengajak ku untuk sama-sama
mencari ikan di lautan. Katanya, dia sudah tidak larat untuk menangkap
ikan memandangkan usianya yang sudah tua. Aku berasa kasihan melihatnya
dan bersetuju untuk menemaninya belayar di lautan. Aku juga mulai
meninggalkan pekerjaan ku sebagai si penjual nasi lemak. Aku mulai
belajar banyak perkara daripada pakcik itu tentang cara-cara untuk
menguruskan pelayaran, mengawal ombak, kawasan yang strategik dan
kawasan yang paling banyak ikan. Kemahiran-kemahiran tersebut memudahkan
lagi pekerjaanku. Memandangkan aku masih muda dan bertenaga, hasil ikan
yang kami perolehi adalah jauh lebih banyak berbanding dahulu, malah
keuntungan juga semakin lumayan.
Sehinggalah ke satu saat di mana, pakcik tua itu menyatakan hasratnya
kepada ku untuk aku mengawini puterinya dan mengambil tugasnya sebagai
nelayan dan menjadi usahawan yang berjaya. Kini, aku sudahpun memiliki
sebuah keluarga dan pusat perniagaan sendiri. Aku berasa sangat
bersyukur dan bertuah. Cita-citaku untuk menjadi seorang usahawan
akhirnya berjaya. Berdasarkan pengalaman dan kemasyuran pusat perniagaan
ku, aku ditawarkan peluang untuk menyambung pengajian dalan bidang
perniagaan dan keusahawanan. Walaupun aku sudah banyak ketinggalan, tapi
aku tetap tidak melepaskan peluang ini untuk menyambung pelajaran.
Berbekalkan dorangan isteri dan tunjuk ajarnya, aku yakin yang aku mampu
untuk berjaya dalam pengajian tersebut.
P/s : Idea cerita ini muncul ketika penulis sedang makan nasi lemak. =D
Kredit to munirahmarjoh.blogspot.com
Pengecualian Kompaun Perniagaan Oleh SSM untuk Pendaftaran Perniagaan
-
Kepada perniagaan yang sijil pendaftaran SSM tamat tempoh bermula 17 Mac –
30 Jun 2020, pihak SSM kecualikan denda (kompaun) lewat pembaharuan. —
Kuala Lum...
4 years ago
0 comments:
Post a Comment